29 April 2011

Kem Jati Diri Pengawas 2011 : Day 2

hari kedua ni...kumpulan aku bangun pukul 3 pagi. sebab? dapat shift jaga semua org takut jadi apa2. ala2 guard pulek. huhu. makaa akulah org yg bertanggungjawab kejutkan anak2 buah aku bangun. depa pon dgn pasrahnya bangun sambil usap2 mata. kesian hampaa. kat aku lagi kesian tau dakk! hoho. melawakk. kami pon keluar laa dari khemah. keluar2 jaa dari khemah,tediaaa...sejuk menggila! kami pon jadi x tauu nak buat apa. tiba2 aku terasa nak masak siap2 untuk breakfast pagi esok. pagi esok punya breakfast kena buat sandwich. so pukul 3 pagi tu kami siap2 buat sardin dgn scrambled egg. haa..setai dak masak sardin pukul 3 pagi? haha. punya nak buat preparation la katakann. habis jaa semua tu dlm pukul 4 gitu,kononnya x mau tido lahh. tapi tu laa kann..mulut org melayu. last2..semua pakat lentokk sama rata jaa. pukul 6 baru bangun. tu pon dgr wisel fasi. hee.


lepas breakfast apa semuaa,dalam pukul 8 lebih gitu,abg syam bagi taklimat pasal water rafting yg kami nak kena buat.



lepas dia potpet blaa blaa blaa gitu,semua pon bergerak ambik jaket dgn topi masing2. lepas ambik semua,kami pon bergerak ke sungai. gila teruja terokk.


sebelum buat water rafting,kami semua kena buat water confident dulu. benda apa nih? alahh..yg nak uji tahap keberanian kita untuk bunuh diri tuhh. huhu. melawakk. water confident ni kami kena terjun masuk dlm sungai dari atas. lepas tu terapungkan diri dgn cara menelentangkan badan. nanti fasi akan bagi tali untuk kita pegang so dia tarik ja kita balik. cukup setai.

*nak tau dak pengalaman aku terjun? aku x sedar apa pon.
Onion Icons

haaa..masa yg dinanti-nantikan tiba sudaa. lepas semua dah habis buat water confident,kami pon get ready nak buat water rafting. 1 raft kena ada 2 lelaki,3 perempuan,1 skipper. abg syam cakap bila rafting,ada forward,backward dann BOOM. dia bagitau bila dia cakap BOOM,semua kena terjun dari raft dan cari perlindungan sebab raft akan meletup! okayy fine. mitos semata-mata. =.='



setai dak setai dak? penuh bergaya,penuh bersemangat. haha. lepas buat rafting ni,fasi bagi green light mandi sungai. so,apa lagi..terjun lahh. punya seronok x terkata ngann! hoho. mandi2 sungai lama jugak kot rasanya. dok berendam dlm tu. ada yg jadi duyung,ada yg belajar berenang,ada yg lawan menyelam,ada yg main Biawak Buaya. tediaa..sampai ke sungai dok main. HAHA. 

bila dah puas semuaa,kami balik khemah. tiba pulak masa untuk...masak! perut lapar kemain! hari kedua punya menu untuk makan tengahari adalah sambal tumis telur,ikan kering goreng dann kobis goreng. bila masing2 dah tunjuk kepakaran terpendam,maka siaplah segala menu yg ditetapkan. aku pon apa lagi..ambik nasik makan mehh! bak kata Jarjit Singh,marvellous marvellous! :D

lepas habis lunch,solat dan blaa blaa blaa,dlm 3.30 ptg gitu ada survival. nak kena masak dlm hutan pulak. berbekalkan kuali,sudip,sardin,beras dann apa lagi tahh,kami pon ikut abg syam masuk hutan. lama jugak nak sampai sana. lebih kurang dlm 5 km mungkin. cuaca agak mendung2 macem nak hujan. sampai jaa kat sana,takdan setengah jam,hujan pulak turun dgn lebatnyaa! pacat pon mula menggila. naik atas org sini sana. semuaa menjerit x terkira. setai bukan? haha. bila dah terlampau lebat,kami tepaksa redah hujan lebat tu balik tempat kem semula sebab x bole nak buat apa dahh. ouhh sungguh memenatkan. =.='

bila dah sampai tempat kem dalam pukul 6 lebih kot,keja PERTAMA setiap pengawas especially pengawas PEREMPUAN adalah..buang pacat. ada yg pacat naik kaki,ada yg lintah naik seluar. waktu tu,terdengar lahh jeritan2 manis semuaa x mengira jantina. bila semua dah ready,kami pon gerak balik ke khemah masing2. ada jugak pacat2 kesayangan ikut masuk ke dlm khemah tapi..depa x perasan. :)

bila malam menjelma,lepas solat maghrib jemaah,kami baca yasin ramai2. lelaki baca yasin dlm surau serbaguna. perempuan pulak..dlm khemah ja. hehe. okay what.  lepas habis baca yasin,ingat nak tunggu isyak. tapi dek kerana haji Nadzman menyeru supaya makan dulu,maka kami pon makan lahh. nak tau makan apa? NASI GORENG lahh! HAHA. teruja betoi. habis makan,ada taklimat sikit. fasi cakap kalau tadak aral melintang,cuaca elok,mungkin depa nak buat night walk. bila dgr ja fasi cakap macem tu,semua pon macem mendoakan benda yg sama iaitu..HUJAN HUJAN HUJAN. hoho. fasi cakap lagi,kami bole tido dulu sat. dlm kul 11.30 gitu kalau depa tiup wisel means kami kena bangun pastu night walk akan diadakan. macem 'haihh' jugak laa kann. habis taklimat tu dlm pukul 10,kami pon beredar balik khemah. p solat dan buat apa yg patut dulu,pastu rehat2 sat. ada yg x mau tido sebab macem x memadai jaa tido pukul 10 pastu kena bangun pukul 11.30. haha. macem2. 

seperti yg dijanjikan,pukul 11.30 fasi tiup wisel. alamak! malas betoi. kami pon macem tau2 dah la kann kena get ready utk night walk. mula2 p berkumpul tu pakai selipa jaa. pastu abg syam suruh pakai kasut. nampak sanget lahh ada night walk. dalam pukul 12 gitu,kami pon gerak ikut abg syam. dlm dok jalan tu,aku rasa macem aku jalan sambil tido jaa. adoi lahh. mengantok sungguh! di pertengahan jalan,tiba2 abg syam suruh stop,pastu suruh kami duduk. x buat apa pon sebenarnya. dia dok sembang apa tahh. tempat tu gelap. hanya kedengaran air sungai dgn bunyi binatang dok berzikir saja. tenang. tapi aku x sedar depa dok sembang apa sebab..tido. kepala dok terhangguk-hangguk jaa kononnya paham. hee. lepas habis sembang tu,abg syam tanya sapa mengantok angkat tangan? malangnya sorang pon x angkat. sebab apa tahh. malu kot? padahal semua pakat terhangguk-hangguk dahh. haihh. nampak beno nipunye. haha! kali kedua abg syam tanya nak jalan lagi dak? haa. yg ni semua pakat jawab TAK MAU! NAK BALIK! jujur sungguh pengawas2 kita nih.
MSN Onion Icon

dek kerana semuaa pon dah dok menganga terokk sanget,kami pon jalan lahh balik ke kem. dlm perjalanan balik tu abg syam cakap :
amboih! bila nak balik semuaa jalan laju kemain. tinggal habis org. masa nak p tadi slow jaa.
haha! biasa lahh. gara2 terbayang bantal dlm khemah,mau x jalan lajuu. huhu. dlm pukul 2 gitu kami sampai dkt tempat kem. semua pon kalut lahh nak masuk khemah masing2 dannn..tido. :)

hari kedua punya aktiviti penat sikit. gara2 mandi sungai lama sanget kot? hehe. tapi apa2 pon,memang seronok x terkira lah kann. tambah2 masa water rafting tuh. ada yg buat berkali-kali. nampak sanget teruja. huhu. apa pulak aktiviti hari ketiga eh?
Onion Icons
to be continued..


Thanks for Reading ♥

No comments: