12 June 2012

selamat tinggal Jordan

alhamdulillah. pertama dan selamanya aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. akhirnya kaki ini memijak di bumi tanah tumpah darah yg mengalir. empat bulan yg penuh bermakna, jiwa ini melayang ke bumi anbiya' yg tercinta. macam2 dah dilalui. suka ada, duka ada, biasa. 


terima kasih buat Nurul Syahirah, Dayang Junainah dan Nik Mohamad Faiz yg menyambut aku di Queen Alia Airport.
terima kasih buat Nurul Syafiqah dan Nur Hanida yg bawa aku pusing dan kenal setiap sudut yg ada dalam Albayt.
terima kasih buat Sadiqah Desa dan Fasihatun Najah yg senaraikan barang2 keperluan dan bawa aku jalan ke balad untuk beli barang syita'.
terima kasih buat Wan Fatin Nabilah yg bawa aku berkenalan dgn akhawat Mafraq pertama kalinya di Bayt PRISMA.
terima kasih buat akhawat yg menemani aku main salji untuk pertama kalinya di Ajlun.
terima kasih buat yg memberi semangat untuk game bola tampar masa karnival sukan mahasiswa malaysia.
terima kasih buat akhawat yg menghantar aku untuk imtihan kafa'ah Markaz Lughah.
dan..
terima kasih buat Fatimah Pileh yg tiap2 hari melayan kerenah jiwa muda ini. yg menjaga makan, minum, pakai, dan segala yg sewaktu dengannya. yg sentiasa nak bahagiakan aku. yg buat kejutan sehari sebelum aku pulang ke Malaysia. yg menghantar aku ke Queen Alia Airport, sanggup menanti sampai aku naik flight.


moga Allah membalasnya dengan ganjaran yg berlipat ganda. dan moga Allah redha untuk semuanya.
hati tak jemu merasai setiap jasa yg telah tercurah.
buat nama yg tak tertera, jangan khuatir. 
tiada nama tak bermakna lupa.
jazakumullahu khairan!

Thanks for Reading ♥

05 June 2012

tukarkan hati ini

aku buntu
buntu dalam duniaku sendiri
tersekat dalam penjara
dek nafsu yang membelenggu jiwa
imannya, terkadang naik, terkadang menurun
mendadak
 letih
sungguh, jiwaku letih
apa sebenarnya yang engkau mahu, wahai nafsu?
mahu kau melihat sambil tertawa
aku terhumban ke dalam neraka?
jangan bermimpi
biar beribu langkah engkau mencuba
selangkah takku biarkan jiwa ini
dijilat bahangNya.



Thanks for Reading ♥

16 March 2012

indahnya persaudaraan

pagi ini, Jordan tenang. sepi. angin meniup kencang. seakan hati yang merindui. merindui Ilahi. aku terjaga dari lena yang tersekat. kenapa? kerana tidurku ditemani mimpi. mimpikan apa? mimpikan sahabat sejati. maka pagi ini, aku terdetik menulis tentang..CINTA.


daripada Abi Karimah al Miqdad bin Ma'diakrib r.a katanya,Nabi s.a.w bersabda:
apabila seseorang itu mencintai saudaranya,maka khabarkanlah kepadanya.
(HR Abu Daud dan Tirmizi)



seperti biasa, aku mulakan dengan persoalan, kenapa perlunya kita untuk mengkhabarkan? bukankah pengkhabaran itu memalukan kita? pasti ada yang berfikir, 'alah malas lah nak bagitahu. buat malu ja.' atau 'hmm malu la nak bagitahu. nanti orang cakap apa pulak.'


cuba renung kembali hadith Nabi s.a.w. bukankah itu saranannya? jika kita mencintai Nabi, kenapa pula mempersoalan dan menafikan kebenaran? hidup ini indah. indah dengan cinta. dan cinta ini juga meluas. bukan sekadar tertumpu pada sesuatu subjek. cuba kita fikirkan kembali, atau mungkin kita jadikan diri kita sebagai bahan ujikaji. gembirakah kita bila mana saudara kita menyatakan kecintaannya kepada kita? pasti jawapannya YA. mana mungkin TIDAK. kerana fitrah manusia gemar dicintai. 
kita lihat pula dari aspek pahalanya. jika kita menyatakan kecintaan kepada saudara lalu hatinya gembira dan tenang, bukankah itu satu pahala? pahala dalam melapangkan hati manusia. indah bukan? itu yang kita mahu~


maka pada Jumaat yang penuh barakah ini, mari kita berkasih-sayang. :)

Thanks for Reading ♥