16 March 2012

indahnya persaudaraan

pagi ini, Jordan tenang. sepi. angin meniup kencang. seakan hati yang merindui. merindui Ilahi. aku terjaga dari lena yang tersekat. kenapa? kerana tidurku ditemani mimpi. mimpikan apa? mimpikan sahabat sejati. maka pagi ini, aku terdetik menulis tentang..CINTA.


daripada Abi Karimah al Miqdad bin Ma'diakrib r.a katanya,Nabi s.a.w bersabda:
apabila seseorang itu mencintai saudaranya,maka khabarkanlah kepadanya.
(HR Abu Daud dan Tirmizi)



seperti biasa, aku mulakan dengan persoalan, kenapa perlunya kita untuk mengkhabarkan? bukankah pengkhabaran itu memalukan kita? pasti ada yang berfikir, 'alah malas lah nak bagitahu. buat malu ja.' atau 'hmm malu la nak bagitahu. nanti orang cakap apa pulak.'


cuba renung kembali hadith Nabi s.a.w. bukankah itu saranannya? jika kita mencintai Nabi, kenapa pula mempersoalan dan menafikan kebenaran? hidup ini indah. indah dengan cinta. dan cinta ini juga meluas. bukan sekadar tertumpu pada sesuatu subjek. cuba kita fikirkan kembali, atau mungkin kita jadikan diri kita sebagai bahan ujikaji. gembirakah kita bila mana saudara kita menyatakan kecintaannya kepada kita? pasti jawapannya YA. mana mungkin TIDAK. kerana fitrah manusia gemar dicintai. 
kita lihat pula dari aspek pahalanya. jika kita menyatakan kecintaan kepada saudara lalu hatinya gembira dan tenang, bukankah itu satu pahala? pahala dalam melapangkan hati manusia. indah bukan? itu yang kita mahu~


maka pada Jumaat yang penuh barakah ini, mari kita berkasih-sayang. :)

Thanks for Reading ♥

2 comments:

Shuhada Mencari Syahid Allah said...

Aku mencintaimu kerana Allah

wani said...

walau sudah lama xbb'jumpa..wlaupun sudah jauh jarak antara kita..sungguh aku mencintaimu keranaNya, aku mengasihiMu karanaNya, dan dlm p'sahabatan ini, aku hanya mengharapkn rahmat dan keredhaan darinNy..