07 March 2012

hulurkan tangan ikhlaskan jiwa

salam sejahtera. Salam Karisma, bak kata pelajar bumi Anbiya' yang semakin ghairah menjelang musim Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan yang bakal menjengah akhir bulan ini. 


ahh bukan itu hadaf utama penceritaannya. hari ini, aku nak berkongsi sedikit perkara yang hajatnya dapat memberi kemaslahatan kepada jiwa yang dahaga. SEDEKAH.


aku mulakan dengan persoalan, kenapa susah benar kita nak bersedekah? seperti mengeluarkan rambut daripada tepung. padahal sedekah itu mudah. seperti senyum apabila gembira. terkadang bila kita berada di gerai makan, atau di jalanan, mereka sering saja tiba. bersama tisu, kertas, atau hanya sekadar tubuh yang berdiri tegak. maka muncullah kenyataan, 'alah tak payah sedekah, tipu ja tu. bukan boleh percaya. zaman sekarang ni ramai orang minta sedekah yang menipu.'


kita siapa nak menghukum? siapa kita nak mengadili? bukan aku untuk menunding jari menyalahkan sesiapa. tapi ini hakikat. bahkan terkadang aku juga terhumban ke dalamnya. aku akui. cuma perlu kita insafi, hidup hanya sementara. dan hidup perlukan ikhlas. sedekah sebahagian daripada hidup. maka ia juga perlukan ikhlas. mari kita lihat sedikit formula yang aku bikin. mungkin aku bukan pakar matematik, tapi..aku cuba. agar mudah difahami bahasanya.


bersedekah = satu pahala
kena tipu = satu pahala
satu  pahala + satu pahala = dua pahala


mudah bukan? nak takut apa kena tipu? nak takut apa duit habis? harta itu dari Allah. malah jika kita bersedekah dan kita kena tipu, dah dua pahala kita dapat. daripada kita tak bersedekah, langsung tak dapat apa. dah tu, memaki hamun pula. bila lagi kita nak bersedekah? sampai semua manusia benar-benar miskin baru kita nak menghulur? sampai kita bertemu dengan peminta yang tidak menipu? yakinkah? takkan pernah terjadi. maka, cipta langkah baru. ikhlaskan hati. kerana apa? kerana hanya Tuhan yang mengetahui keikhlasan yang terbina utuh di jiwa hamba. 




Thanks for Reading ♥

No comments: