29 April 2011

Kem Jati Diri Pengawas 2011 : Day 3

hari ketiga..macem biasa. bangun,beratur tunggu giliran masuk toilet sambil gigit berus gigi. hehe. hari ni punya aktiviti pagi,panjat The Tree Top Walk. kami berkumpul dlm pukul 8 gitu. haji Nadzman cakap x payah breakfast lagi. balik dari Tree Top Walk nanti baru makan. sedih amat. sanggup haji Nadzman buat ceni. hoho. melawakk. breakfast hari ni cikgu yg tolong masak. BIHUN GORENG. macem 'yeayy' sikit lahh kann. x payah kalut2 masak. habis dgr taklimat,kami pon gerak ke Tree Top Walk. kejap jaa nak ke situ. lebih kurang dlm 5-10 minit kot. sampai jaa kat situ,kena dgr taklimat lagi. banyak sungguh taklimat. memang menjadi pelajar yg berinformasi lahh lepas ni kannn. :D


lepas habis taklimat apa semuaa,kami pon dilepaskan ikut group masing2 utk panjat Tree Top Walk. abg syam bagi masa sat ja panjat tempat tu. 9.20 pagi kena berkumpul dkt bawah balik sebab nak kejaq masa. makaa 1 persatu group dilepaskan. aku dan ahli Huga-Huga tercinta group last. dah nama pon last,kami pon apa lagii...dok berHuga-Huga lahh kat atas tuhh. HAHA! ahli Huga-Huga macem tadak perasaan jaa naik Tree Top Walk. padahal tinggi kemain. x paham betoi aku. 
Onion Icon



kami still berjalan..berjalan..dan berjalan. pastu aku terasa nak tgk jam sat. tup2..nahhh! pukul 9.20 dah lahh! aku cakap kat depa suruh cepat sikit takut kena tinggal. dgn penuh slamba depa jawab x pa..depa mesti tunggu punya.tarak tinggai aihh. aku pon macem err..okayy. x bole kata pa dahh dgn depa ni. :D

sampai2 jaa dkt bawah dlm pukul 10 gitu,tgk2 group lain dok menunggu lagi. tediaa. kami turun dari Tree Top Walk macem model jaa. haha. setai. bila dah cukup semua group,kami pon gerak balik kem. lapaq sungguh! balik2 jaa,terus bole makan. habis2 makan,ada taklimat sikit. lepas ni punya aktiviti,kena bahagikan org dlm 1 group. setengah kena p buat aktiviti abseiling,setengah lagi kena..MASAK! lepas yg setengah buat abseiling tu habis,kena bergilir-gilir dgn yg masak. so yg masak pulak p buat abseiling,yg buat abseiling pulak kena masak.

menu untuk hari ni adalah gulai ikan kering,sambal belacan dann ulam. dannn semuanya akan di masak menggunakan...buluh. masak beramai-ramai. setai sungguh kann? pembelajaran baru maa. hoho. tapi..bezaman tunggu makanan + nasi tu masak. hihi. sabo jelah.. lepas solat zohor,makanan pon dah masak elok,semua pon start makan. sedap jugak. haha. mau tau ngann!

habis makan semua,rehat sat. petang tu ada explorace pulakk. antara benda yg kami kena buat adalah..guling dlm lumpur. sanget sweet. busuk? tadak ahh. seronok. baru nampak kita bersungguh-sungguh. HAHA. cukup setai. habis explorace tu,fasi bagi green light lagi mandi sungai utk bersihkan lumpur2 kat badan. sungguh gumbira hati macem nak terjun bangunan. HAHA. x tunggu apa dah. lari terjun sungai terusss! ahli Huga-Huga semuaa aku tinggal. maaf naahhh. heee.

dah puas mandi sungai dlm sejam lebih gitu,fasi suruh naik. haihh. sedihh nak tinggalkan sungai. hoho. merepekk. lepas naik atas,ada yg p mandi sekali lagi. bersihkan badan + tukar baju sebab baju yg lama dah bau lumpur. hihi. geng Huga-Huga pulak macem biasa lahh,sempat lagi dok berHuga-Huga dkt luar khemah. masa tu..group lain semua dok dlm khemah. kami jaa bising dkt luar. tiba2..hujan lebat. hujan lebat? alahh. HERAN! lagi lebat hujan,lagi hebat kami berHuga-Huga. haha. melawakk. sebenarnya kami dok pikir nak buat apa malam tu sebab malam tu ada Malam Persembahan. so pakat2 dok curah idea laa. dann akhirnya..dapat jugak. :)

Malam Persembahan pon makin hampir. dlm pukul 9.30 gitu depa cakap nak start. kira habis solat isyak dan makan semua lahh. masa nak ambik makanan tu haji Nadzman cakap dkt aku hang kena makan banyak sikit. sat g suara x keluaq pulak. tediaa ustaz.. setai sungguh ayat. haha. 

macem yg ditetapkan,9.30 mlm semua siap berkumpul dlm surau serbaguna utk acara Malam Persembahan. start dgn ummul kitab,pastu sedikit ucapan dari haji Nadzman,pastu bermulalah Malam Persembahan.
group pertama : Dinamik
group Kedua : Bestari
group Ketiga : Wawasan
group Keempat : Efektif
group Kelima : Lestari
group Keenam : Karisma
group Ketujuh : Dominan
group Kelapan : Elit
group Kesembilan : Intelek
group Kesepuluh : Efisien a.k.a Huga-Huga
macem2 yg depa persembahkan malam tu. kreatif sungguh lahh. yg mengantok pon bole jadi tebeliak mata sebab lawak. haha. thumbs up! seperti sedia maklum,group Huga-Huga jadi group last lagi. biasalahh lambat membesar sikit. haha. melawakk. group Huga-Huga taktauu nak buat apaa Malam Persembahan ni. so kami decide nak nyanyi lagu Doa Perpisahan. dapat pulak group yg last. mmg kena sungguh la kann dgn lagu tu. hehe. mula2 macem takut jugak lahh. kot2 boring kaa,apa kaa. ya lahh. org lain kemain lawak + best depa punya persembahan. kami ni? nyanyi jaa. macem tadak keja lain. tapi..kami teruskan jugak. tiba2 semua macem bagi respon baikk jaa. nyanyi sekali. subhanallah. indahnya bila tali persaudaraan bertaut. dann sedih rasa bila nak berpisah. bila habis nyanyi lagu tu,depa suruh ulang sekali lagi pulakk. gila tekejut sungguh la. kali kedua,semua nyanyi sama2 kuat2. aku tertengok ustaz,dia senyum jaa. yg abg syam pulak dok suruh kuat lagi kuat lagi. tediaa aihh. huhu. habis saja group kami punya persembahan,maka habislah Malam Persembahan tu.

malam ni malam terakhir. semua macem x mau tido jaa. riuh sungguh. ada yg sembang,ada yg masak maggi,ada yg temenung,macem2 ragam. exco2 pengawas pulak berkumpul dkt surau sebab nak buat sikit cenderahati utk fasi. tapi..yg lain tepaksa masuk khemah. so tinggal exco2 pengawas jaa. aku pulak rasa boring. tiba2 rasa macem nak buat Light Graffiti. aku ajak lahh Ummi Aainaa. dia nak masuk khemah dah tapi aku x bagi. haha. kami pon mula lahh keja kami sat. saja syiok2. huhu.




haaa.. ni semua hasil keja Ummi Aainaa. hebat sungguh dia kann kann? haha. kami dok sembang sambil buat bendalah ni. sampai pukul 2 lebih x tido. punya lahh x mengantok. daripada mata segar sampai lahh tertido sendiri. hihi. apa2 pon,malam tu..malam yg x dpt aku lupakan. malam tu..malam yg penuh bermakna. x dpt aku gambarkan seronoknya bila tgk depa happy. :)

hari terakhir dekat Rapid Fire Sedim dah nak dekat. nak tau apa jadi hari yg ke-4? sabarlah menanti. huhu.

to be continued..


Thanks for Reading ♥

2 comments:

Ummi Aainaa said...

huh ? apa pasal nama saya terlist dalam kome punya belog ?? saya tatau apaapa ... @_@

Izyan Hayati said...

ceyy. buat taktauu pulakkk. :P