wee~ aku tak paham kenapa hari ni suka nak memunggah bilik stor.
menarik mungkin. release tension.
hihi. stai stai.
dalam semak semak tu pon, terjumpa pulak diari abah. wawawa ! teruja.
sori abah. anak abah suka sikit baca diari orang 'lama'. abah tak kesah kan? tauu. :)
nak try jugak bukak diari tu sat. kot kot ada kisah romantik dulu kala.
bukak bukak, alahaii.. penuh dengan tulisan jawi pasal dunia,akhirat,syurga,neraka,doa.
hey izyan. tak malu? oh tak. steady.
mau share serba sikit apa yang ada dalam buku dia.
Dan wajib kita percayai akan nikmat-nikmat di dalam syurga itu berganda-ganda & berlebihan.
- Pada hari sabtu anak-anak bersuka-suka di mahligai ibu bapanya.
- Pada hari ahad ibu bapa bersuka-suka di mahligai anak-anaknya.
- Pada hari isnin murid bersuka-suka di mahligai gurunya.
- Pada hari selasa guru bersuka-suka di mahligai muridnya.
- Pada hari rabu umat-umat bersuka-suka di mahligai penghulunya.
- Pada hari khamis segala umat-umat & nabi bersuka-suka di mahligai nabi Muhammad s.a.w.
- Pada hari jumaat sekalian hamba menghadap Allah Taala.
amacam? suka? mesti suka kan?
nak macam tu? mesti nak kan? :)
ikhlas ,
1 comment:
menyedihkan sekali~ :'(
Post a Comment