10 February 2010

:: kuatkan imanku ::

pagi itu indah.
tiada yang lebih menyenangkan bagi seorang insan bergelar pelajar untuk menuntut ilmu menggapai redhaNya.
kedengaran suara-suara ceria yang memenuhi ruang setiap jiwa yang berada di kelas itu.
aisyah duduk menghabiskan masa menyiapkan tugas-tugas penting yang diamanahkan untuknya.
tidak lama kemudian,muncul kelibat murabbi yang mengatur langkah memasuki kelas mereka.


"assalamualaikum wbt.." ustazah shakirah memulakan salam.


"waalaikumussalam wbt.." keadaan kelas kembali tenang dengan kehadiran murabbi itu.


"baiklah..kamu boleh duduk..saya ganti je hari ni.."


"ala..cikgu math tak datang la pulak..aiyak!hmm..tak pe lah..boleh buat kerja lain.." hatinya bermonolog.


"aisyah..kamu tak pindah kan?" satu soalan diajukan untuknya.


"tak..saya kat sini je..tak pindah pun boleh jugak timba ilmu kat sini..hehe.." jawabnya selamba.


"haa..bagus!kamu jangan lupa hafal surah untuk MTQ nanti..surah dah sampai dah..macam tahun lepas jugak surah tu.."


"ok insyaAllah..surah apa tah?saya lupa la ustazah..ingat sikit je..hehe.."


"macam mana boleh lupa ni?ish3..ingat apa la tu.." tersenyum murabbi itu melihat teletah pelajarnya.
"erm..surah yasin,as sajadah,al mulk,al insan,al waqiah,al jumuah,as saff & nuh.." sambungnya lagi.


"oh!8 la semuanya kan?macam dulu jugak kan?wah!helwa awi..hehe..insyaAllah saya akan buat yang terbaik..ustazah kan nak saya menang..erm..nanti hantar lelaki & perempuan ek?


"ya..macam tahun lepas..saya dah ada calon untuk lelaki.."


"oh ye ke?sape ustazah?" balasnya dengan rasa ingin tahu.


"aiman.."


"aiman?dah agak dah.." dia berkata pada dirinya & secara tidak sengaja tenggelam dalam lamunan sendiri .


"di hati ini hanya Tuhan yang tahu..di hati ini aku rindu padamu.." terdengar suara temannya yang memecahkan lamunan.


"amboi!seronok nyanyi nampak..sudah2..nanti ana pinjam microphone sekolah anti nyanyi biar semua dengar..sedap suara tu.." katanya dengan nada perli untuk menutup segala yang difikirkan.pandai benar dia menyimpan perasaannya tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Allah.


"aduh!malunya!jangan la macam tu..nasib baik orang tak dengar.."


"haa..tau pun..sudah3..buat kerja bagi habis..balik nanti pun boleh nyanyi lagi.."


"yelah..nak buat la ni.."


hatinya tiba-tiba terfikir akan rojul itu.namun dia segera beristighfar.dia tidak mahu hatinya larut dengan bayangan lelaki yang tiada apa-apa hubungan sah dengannya.tetapi itulah yang dinamakan manusia,terkadang tewas dengan hawa nafsu.dia cuba menenangkan dirinya dengan mengingati yang Esa.apa yang diharapkan adalah keredhaan daripada Khaliq yang tercinta.moga kehadiran rojul itu menguatkan imannya,bukan menjadi asbab imannya berkurang.  
Thanks for Reading ♥

No comments: