khutbah ini disampaikan pada 9hb zulhijjah tahun 10 hijrah di padang Arafah
wahai manusia!
dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini
aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini
oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini
dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak hadir di sini pada hari ini
wahai manusia!
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci
maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang islam itu amanah yang suci
kembalikan harta yang diamanahkan untuk kamu kepada pemiliknya yang berhak
janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakitimu lagi
ingatlah!kamu pasti menemui Tuhanmu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalanmu
Allah telah mengharamkan riba
oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang
waspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agamamu
dia telah berputus asa untuk menyesatkanmu dalam perkara-perkara yang besar
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara yang kecil
wahai manusia!
sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri-isterimu
maka mereka juga mempunyai hak keatas dirimu
sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas dirimi
maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang
layanlah wanita-wanitamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana mereka adalah teman dan pembantumu yang setia
dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumahmu dan dilarang melakukan zina
wahai manusia!
dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini
sembahlah Allah
dirikan solat 5 waktu sehari semalam
berpuasalah di bulan ramadan
dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaanmu
kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu
ketahuilah bahawa setiap orang islam yang lainnya
kamu semua adalah sama
tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh
ingatlah!kamu akan menghadap Allah suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan
oleh itu awasilah!
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku
wahai manusia!
tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru
oleh itu nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepadamu
sesungguhnya aku tinggalkan kepadamu 2 perkara
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya
itulah al quran dan sunnahku
hendaklah orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain
semoga orang yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku
saksikanlah ya Allah!
bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu
No comments:
Post a Comment