sungguh Allah itu Maha Kuasa
hiba hati ini tatkala mendengar berita
kau menjadi pilihan kasihNya
aku tidak berdaya
menolak segala kehendakNya
kerana Dialah pemilik setiap yang bernyawa
sahabatku
walau kehadiranmu masih dirasa
mendampingiku dikala suka & duka
memenuhi ruang hidupku dengan senyum tawa
tapi itulah hakikatnya
kau telah tiada
pergilah sahabat
menemui Rabb kita
semoga kelak kita akan berjumpa
di syurga selamanya
SHARIFAH HASANAH AL JUNID BT SYED HARUN
4.4.1994~26.12.2009
AL FATIHAH~
No comments:
Post a Comment